For any additional assistance , kindly check with ur agent at [email protected]

Ade Academy
Ade Academy Logo

Program Usahawan Muda

Ade Academy telah dilancarkan pada awal tahun 2018 dan merupakan program dalaman yang dibangunkan sebagai onjob training kepada pasukan jualan. Program ini mempunyai kebolehpasaran yang tinggi bagi membantu pelajar lepasan SPM serta golongan tercicir dalam meningkatkan tahap keupayaan diri dengan mempersiapkan mereka dengan ilmu, kemahiran dan pengalaman bekerja seterusnya meningkatkan peluang mereka untuk membina kerjaya dengan sistem yang telah disediakan.

Ade Academy
KUMPULAN SASARAN
  • Graduan menganggur yang datang dari keluarga berpendapatan rendah atau tinggal di kawasan pendalaman.
  • Graduan yang bekerja tetapi tidak setaraf dengan kelulusan ijazah yang diperolehi.
  • PelajarlepasanSPM/SPMV/STPM.
  • Golongantercicir.
STRUKTUR LATIHAN

Mereka yang menyertai program ini akan menjalani Soft-Skills Training dan On-The-Job Training dengan pihak Syarikat untuk meningkatkan keyakinan diri dan diberi pendedahan dengan suasana kerja yang sebenar. Selain itu, kami juga menjalinkan kolaborasi dengan pengasas produk untuk mengedarkan produk mereka sesuai dengan visi Ade Azhar Trading.

Tenaga Pengajar

Ade Azhar Bin Ismail

Ade Azhar Bin Ismail

Ade Azhar Ismail dan lebih mesra dikenali sebagai Ady merupakan anak kelahiran Ipoh Perak dan sudah berumah tangga. Beliau merupakan seorang usahawan jalanan dan berpengalaman selama 13 tahun dalam menjual barangan orang lain di jalanan secara hardsell atau dikenali sebagai F2F.

Beliau bermula dengan enterprise dan kini menjadi CEO kepada Ade Azhar Trading Sdn. Bhd. serta mepunyai 7 cawangan kecil di Malaysia. Beliau mempunyai lebih kurang seramai 220 orang didik niaga di Malaysia.

Barisan President