For any additional assistance , kindly check with ur agent at [email protected]

Ade Azhar Trading

Pengedar Eksklusif Bahan Ilmiah Islamik Premium

Pengenalan Syarikat

Ade Azhar Trading Sdn Bhd (AATSB) merupakan syarikat pengedar eksklusif bahan ilmiah di mana produk-produk yang diedarkan hanya boleh diperolehi melalui wakil sah AATSB sahaja. Selain itu, Ade Azhar Trading juga mengedarkan produk-produk dari syarikat lain seperti buku Formula Kuasai Tajwid, Ihya Ulumuddin, Quran Edisi Raudhah dan pelbagai produk lagi.

Edaran adalah melalui 3 medium sahaja iaitu secara ‘bersemukaʼ atau lebih dekat dengan panggilan ‘Face To Faceʼ, secara atas talian melalui website wakil sah dan secara komunikasi langsung melalui aplikasi WhatsApp atau panggilan.

VISI

Sebuah syarikat pengedaran eksklusif pilihan industri kecil sederhana di Malaysia

MISI

Melahirkan generasi bijak niaga, berilmu, berakhlak, dan bertaqwa dengan memartabatkan produk islamik dan halal

Pengarah Urusan

Ade Azhar Bin Ismail merupakan anak jati Negeri Perak. Beliau mula berkecimpung dalam penjualan buku sejak dari tahun 2006. Beliau melihat potensi diri untuk membina perniagaan ini dan mengambil peluang untuk membuktikan pada orang ramai bahawa membuat jualan secara ‘Face to Faceʼ juga mampu menghasilkan keputusan yang cemerlang jika diberikan fokus dan konsisten.

Beliau juga amat menitik beratkan fasa menjadi pengurus dalam membina sesebuah pasukan. Peluang ini tidak mudah untuk diperolehi dan beliau percaya usaha ini boleh menarik minat anak muda untuk menjadi usahawan berjaya.

Dakwah yang dibawa adalah menyebarkan pembelajaran melalui buku-buku Islamik yang diedarkan secara eksklusif dan tidak terdapat di kedai-kedai buku. Paling utama adalah sokongan kepada pembelajaran bagi memastikan pelanggan mendapat impak positif apabila berurusan dengan Ade Azhar Trading.

Ade Azhar Bin Ismail

Pengurus Besar

Shahrizatuazuin binti Mokhjar dilahirkan pada Januari 1990 di Bagan Datuk, Perak. Beliau merupakan alumni pelajar SMAP Labu dan graduan dari Universiti Teknologi Mara (UITM) Shah Alam.

Shahrizatuazuin memulakan kerjaya di Ade Azhar Trading dengan memegang portfolio pengurusan kewangan syarikat dan kemudian diberikan amanah sebagai Pengurus Besar syarikat Ade Azhar Trading.

Shahrizatuazuin Mokhjar

Perkembangan Syarikat

Perkembangan Syarikat Ade Azhar